Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM dilaporkan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Rabu lalu.
Berita gembira tersebut turut dikongsikan Liana menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat di media sosial.
Bayi perempuan itu kemudiannya dinamakan sebagai Cinta Carissa dan dilahirkan secara normal dengan berat 3.8kg.
Dalam pada itu, Liana turut berkongsi video sewaktu dia menyiapkan diri menunggu detik bersalin anak perempuannya itu sambil ditemani suami tersayang.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut dan juga rakan selebriti tampil mengucapkan tahniah kepada anak pelakon veteran Normah Damanhuri itu di atas kelahiran cahaya mata baru itu.
Malah, ramai yang memuji kecomelan si kecil itu yang berhidung mancung yang saling tak tumpah seperti ibunya.
Terdahulu, Liana Rosli yang juga kakak kepada model Ahya Rosli mempunyai seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan lain hasil perkongsian hidup bersama suami.
Tahniah diucapkan kepada Liana Rosli dan suami di atas kelahiran cahaya mata baru!