Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Julia Ziegler yang sudah sah bergelar isteri kepada seorang jurutera mekaninal iaitu Johan hanya dengan sekali lafaz,  dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira jam 11 pagi tadi di kediaman keluarga pengantin perempuan terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Julia menerima mas kahwin RM80 berserta tujuh dulang hantaran berbalas jumlah yang sama. Walaubagaimanapun, pasangan ini enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.
Pada masa yang sama, Julia sempat meluahkan rasa syukur kerana majlis perkahwinannya itu berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan.
Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami. Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya.
Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga anak cucu dan dilimpahi dengan kebahagiaan. Tahniah sekali lagi buat Julia Ziegler dan suami.