Written by Bella | December 27th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada Johan Raja Lawak dan Ozlyn yang bakal menimang cahaya mata kelima. Ozlyn menerusi portal Astro Gempak mengesahkan beliau kini sedang hamil lima bulan dan hanya menyedari dirinya berbadan dua semasa menyertai pertandingan Super Spontan Superstar (SSS) 2017.

Terdahulu, video Johan tersasul bercakap mengenai kandungan serta video yang menampakkan baby bump Ozlyn ada dikongsikan di media sosial. Namun, Ozlyn tidak memberikan sebarang komen kerana ingin memastikan kandungannya itu sudah betul-betul stabil.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T. dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini. Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018. Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi. Namun saya tidak memberi sebarang reaksi atau kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Johan dan Ozlyn. Semoga ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat.

Sumber Berita : Astro Gempak

6 responses to (TAHNIAH) Johan Raja Lawak Dan Ozlyn Bakal Timang Cahaya Mata Kelima

  1. Farhana says:

    Tahniah Johan dan Ozlyn!!!

    4

    0
    • Anonymous says:

      Tahniah Johan. Ni aku tak.paham yang lelaki berambus panjang…Yang Bini berambus pendek. Akhir zaman dah..

      0

      2
  2. Anonymous says:

    dah agak da…perasan ozlyn terlepas cakap masa dia wish to izara-adib
    siap cakap mambo no 5 sambil pegang2 perut

    1

    0
  3. damai says:

    alhamduillah, ozlyn berlumba dgn sharifah shahirah, hhehhe. Tapi i really respect the way johan dan ozlyn didik anak2 mrk. tegas tapi lots of laughter and love, kesian Chantiq dah bukan bungsu lagi, dah nak jadi kakak lah pula

    8

    0
  4. melati says:

    Tahniah….Johan..!!!, kalau Nabil ” Gi Mampos”

    0

    7
  5. BunnyLynJandaAgogo says:

    if dapat baby girl lagi..agaknye apelah nama nye tu..sebelum ni Chanteq…sure huruf blakang nak ade huruf Q jgk..
    1.Sodiq
    2.Ariq
    3.Haziq
    4.Chanteq
    5.Manehq

    2

    0