(TAHNIAH) Joe Flizzow Selamat Bertunang, Bakal Nikah April 2020

Hiburan

(TAHNIAH) Joe Flizzow Selamat Bertunang, Bakal Nikah April 2020

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow atau lebih dikenali sebagai Mr President yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, Marini Ramlan pada malam Sabtu lalu.

joe flizzow tunang

Advertisement

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh ibu Joe, Aishah Ali dan difahamkan pasangan ini bakal berkahwin pada April tahun depan. Mereka berkenalan sejak 15 tahun lalu tetapi mula menjalinkan hubungan serius sejak 2016.

Mengikut perancangan, mereka akan disatukan pada April depan. Doakan semoga segala urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

joe flizzow tunang

Majlis pertunangan mereka menjadi perhatian netizen, meskipun Joe seorang penyanyi hip hop, dia tetap memilih untuk bertunang penuh dengan adat istiadat Melayu dan mengadakan majlis yang sangat sederhana.

joe flizzow tunangSekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Joe dan Marini, semoga segala perancangan mereka untuk ke jenjang pelamin dipermudahkan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Didi Ramlan & Nyna Mohsen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...