(TAHNIAH) Jimmy Shanley Timang Cahaya Mata Perempuan

Hiburan

(TAHNIAH) Jimmy Shanley Timang Cahaya Mata Perempuan

Pengacara saluran GoShop juga penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley baru-baru ini telah menimang seorang lagi cahaya mata. Berita gembira ini diketahui hanya daripada tetamu yang menghadiri majlis cukur jambul puteri beliau.

Sebelum ini, Jimmy ada memuat naik beberapa foto bayi di akaun Instagram miliknya tetapi tiada sesiapa yang pasti adakah bayi tersebut anak Jimmy meskipun ada antara pengikut beliau mengucapkan tahniah menerusi ruang komen.

Advertisement

Bayi perempuan ini merupakan anak bersama isteri Mariam Jamilah Abdul Jalil. Jimmy juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Zahra hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Nursuhaila Eliana Suhaimi.

Tahniah kami ucapkan kepada Jimmy Shanley dan Mariam, semoga selepas ini kasih sayang anda berdua akan bertambah dengan kehadiran orang baharu didalam keluarga.

Sumber Berita: Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...