(TAHNIAH) Jep Sepahtu Dan Sari Yanti Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga

Hiburan

(TAHNIAH) Jep Sepahtu Dan Sari Yanti Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga

Pelawak dan juga penyampai radio terkenal, Jep Sepahtu dan isterinya, pelakon Sari Yanti dilaporkan telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka, malam semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan Jep menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Menerusi hantaran media sosial itu, Jep meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan isterinya itu melahirkan cahaya mata mereka.

“Subhanallah, Syukur. Alhamduliilah, terima kasih sayang.” tulis Jep di bahagian kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan juga rakan artis tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kedua ibu dan anak sentiasa sihat dan berada dalam keadaan baik.

View this post on Instagram

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Terdahulu, Jep telah mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir.

Sari juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya dahulu iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...