February 25th, 2017

Akhirnya desas-desus mengenai percintaan dan juga perancangan perkahwinan antara Jep Sepahtu dan Sari Yanti terjawab apabila kedua-duanya sudah sah menjadi suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Mercu Mustapha Kamal pagi tadi.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan dihadiri kira-kira 250 orang tetamu terdiri daripada keluarga dan rakan rapat sahaja. Beberapa rakan turut  hadir seperti  Shuib Sepahtu, Rahim Sepahtu, Wan Sharmila, Angah Raja Lawak, Hael Hussaini , Nazim Othman, Syazwan Zulkifly dan Abby Fana.

Sebenarnya pihak media sudah boleh menghidu majlis pernikahan mereka dan sudah berada di lokasi akad nikah sejak awal pagi lagi tetapi mereka dilarang masuk.

Ia adalah perkahwinan kedua buat Sari. Sebelum ini beliau pernah mendirikan rumah tangga bersama , Mohd Eddy Casmadi  dan bercerai pada 11 Disember 2014. Mereka dikurniakan dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.

Tahniah kami ucapkan kepada Jep dan Sari Yanti, semoga perkahwinan mereka berkekalan sehingga akhir hayat dan dilimpahi dengan kebahagiaan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : CST PRODUCTION / PROJECT TWO-PI


Comments are closed.

Loading...