Bagi 2021, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-34 dengan tema #KITABERSAMA sudah pun melabuhkan tirainya.
Ianya berlangsung mengikut amalan norma baharu dengan ketetapan SOP yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dihoskan oleh Sherry Alhadad, acara berprestij ini mengambil tempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).
Untuk ABPBH kali ini, penonton dipertanggungjawabkan untuk memilih pemenang trofi untuk 14 buah kategori utama serta empat kategori atas talian.
Selepas berdebar menunggu, acara itu mengumumkan bahawa penyanyi Janna Nick telah berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular, iaitu merupakan kemenangan julung kali buat dirinya bagi anugerah tersebut.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, wanita ini turut merangkul anugerah Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular sebelumnya.
Tahniah diucapkan!