(TAHNIAH) Jamal Abdillah Selamat Timang Anak Keempat Pada Usia 61 Tahun

Hiburan

(TAHNIAH) Jamal Abdillah Selamat Timang Anak Keempat Pada Usia 61 Tahun

Penyanyi ternama, Datuk Jamal Abdillah dan Datin Zai Izzati kini disahkan telah selamat menimang  cahaya mata keempat pada tarikh istimewa 11.11 semalam.

Advertisement

Menurutnya penyanyi yang berusia 61 tahun ini, tiada apa yang mampu diungkapkan selain rasa syukur pada Ilahi di atas kurniaan rezeki seperti ini.

“Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur.”

Dedahnya lagi, kehadiran anak keempat yang diberi nama El Issac Yamani ini seperti pelengkap kebahagiaan mereka sekeluarga.

Malah, Jamal juga tidak ketinggalan memberi nama timangan kepada anaknya iaitu Zack yang merupakan nama karakter Jamal dalam filem Azurayang pernah mengangkat namanya dalam industri hiburan tanah air sekitar tahun 1980-an.

Malah, Isterinya yang sepatutnya dijangka melahirkan pada 17 November ini telah sepakat untuk memilih melakukan pembedahan kelahiran pada 11 November kerana akui tarikhnya sangat unik dan amat istimewa.

“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah untuk ingat tarikh lahir Zack nanti,”

Untuk rekod, Jamal dan pasangan telah selamat melangsungkan pernikahan pada 1 April 2017. Malah, Jamal juga telah memiliki dua cahaya mata iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani menerusi perkahwinan sebelum ini manakala Azura merupakan anak perempuan tunggal buat beliau.

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...