(TAHNIAH) Jaguh Lompat Jauh Negara Selamat Bertunang

Hiburan

(TAHNIAH) Jaguh Lompat Jauh Negara Selamat Bertunang

Atlet Paralimpik Malaysia Abdul Latif Romly selamat bertunang dengan pilihan hatinya yang juga teman sejak di bangku sekolah. Majlis pertunangan tersebut berlangsung di Kangar, Perlis.

Adam Lee dan Sweet Qismina bertunang
2 years ago

(TAHNIAH) Sweet Qismina Kini Sah Bertunang Dengan Adam Lee

Advertisement

Penyumbang pingat emas negara pada Sukan Paralimpik 2020 Tokyo tersebut telah memuat naik gambarnya bersama tunangnya yang bernama Nabila Farhana di Facebook dan Instagram miliknya.

Abdul Latif Romly

Dalam kapsyen hantaran gambar tersebut, Abdul Latif meluhkan rasa syukur dan cinta kepada pasangannya serta menyatakan mereka sudah melangkah setapak lagi ke depan.

Alhamdulillah, first step close. I love you Nabila Farhana.

Abdul Latif, 24, sudah mempunyai pilihan hati dan merancang untuk mendirikan rumah tangga sejak 6 September lalu.

Ibunya, Salmah Yatim berkata anak bongsu dari tujuh beradik itu tidak merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat kerana masih memberi tumpuan dalam sukan dan menyasarkan untuk menyertai Sukan Paralimpik di Paris pada 2024.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...