Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Izzue Islam Kahwini Pengurusnya, Awin Nurin Tanggal 2 Jun Ini

Pastinya ramai peminat wanita yang kecewa dengan berita ini. Pelakon kacak, Izzue Islam telah mengesahkan yang dia bakal berkahwin dengan pengurusnya sendiri, Awin Nurin pada 2 Jun ini. Majlis pernikahan dan persandingan akan dijalankan serentak pada hari tersebut.

izzue islam

Advertisement

Bijak juga Izzue dan Awin menyorokkan kisah percintaan mereka. Tak dapat dihidu oleh mana-mana pihak. Yang bagusnya, Izzue hanya mengambil keputusan untuk memberitahu tentang hubungan mereka selepas keputusan untuk bernikah dibuat. Kata Izzue pada MediaHiburan:-

Ketika gosip itu tersebar, saya tidak mengiyakan dan menidakkan kerana ketika itu semuanya masih belum pasti dan apabila kami sama-sama mengambil keputusan untuk bernikah, barulah saya mula bercerita

izzue islam

Kepada Izzue dan Awin, jutaan tahniah diucapkan atas berita gembira ini. Semoga perancangan untuk majlis perkahwinan anda akan berjalan lancar. Tahniah sekali lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama