April 16th, 2020

Umum mengetahui bahawa pelakon cantik iaitu Izara Aishah sedang menantikan kelahiran anak pertamanya bersama suami, Adib Khalid. Selepas 3 tahun mendirikan rumah tangga, sudah pasti mereka tidak sabar untuk menyambut ahli keluarga baru ini.

Tunggu punya tunggu, akhirnya ibu mertua kepada wanita tersebut iaitu Datin Seri Tengku Zawiyah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cucunya menerusi Insta Story di laman rasminya.

izara aishah lahir bayi perempuan

Alhamdulillah dan tahniah kepada kami. Cucu kami telah selamat dilahirkan hari ini.

Semoga Allah merahmati puteri kesayangan kami dan saya pasti Izara akan menjadi ibu yang terbaik.

Jelas kelihatan bahawa mereka gembira menyambut puteri baru seberat 2.9 kilogram itu. Tengku Zawiyah juga tidak lupa untuk menitipkan pesanan kepada Izara selain percaya bahawa menantunya itu akan jadi seorang ibu yang terbaik.

Malahan Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga memuat naik Insta Story untuk memaklumkan kepada semua peminat mengenai perihal bahagia ini.

izara aishah lahir bayi perempuan

Alhamdulillah, makin bertambah ahli keluarga kita…

Tahniah diucapkan kepada Izara dan Adib! Semoga puteri sulung ini membesar dengan baiknya dan menjadi anak yang solehah.


2 responses to “Tahniah! Izara Aishah Selamat Timang Bayi Perempuan”

  1. Rakyat Malaysia says:

    Aku rakyat malaysia,, ok je suka tgk dia berlakon???

    Mana ko tau semua rakyat malaysia tak suka ni? Hahaha adehhh

  2. Elliza Razak says:

    TAHNIAH. APAPUN HARAP BERAMBUS TERUS DARI DUNIA LAKONAN. RAKYAT MALAYSIA TIDAK SUKAKAN KAU WAHAI IZARA..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...