January 2nd, 2020

Jutaan tahniah diucapkan kepada pelakon popular, Izara Aishah yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Aktres jelita ini mengesahkan yang kandungannya kini telah mencecah usia 6 bulan.

izara aishah hamil 6 bulan

Izara meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana impiannya dan suami, Adib Khalid untuk mendapat zuriat akhirnya dimakbulkan.

Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.

izara aishah hamil

Sebelum ini, Izara pernah menerima pelbagai andaian yang tidak masuk akal. Malah, ada pihak yang menuduh dirinya mandul.

Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menuduh saya mandul.

izara aishah hamil 6 bulan

Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi.

Pastinya Izara dan suami amat teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka Sama-sama kita doakan agar kesemuanya berjalan lancar dan semoga bayi yang dilahirkan bakal menyerikan lagi kehidupan mereka berdua.

Sumber Berita : BH ONLINE


9 responses to “(TAHNIAH) Izara Aishah Hamil Enam Bulan”

  1. pazura mandul says:

    izara yg dlu masa dewi remaja bkn main lawa, ko sekali dh ubah muka, ko jd obsession izara, ko tgk umie aida ckap kwn buat sy pun buat last2 hancur sy guna kan 100k utk back to normal kwn umie aida tu Zahida rafik muka dh mcm Transgender, sket hari lg ko ubah2 muka, u are The next ANITA SARAWAK, SCARY LA KO NI

  2. Anonymous says:

    lain betul muka dia ni skarang…tak sama lansung mcm dulu.. cantik..kat mana la agaknye dia gi buat rawatan nih…

  3. minah jambu say NO to drugs says:

    dh macm negro dh tengok si izara aishah ni..muka dia dh tak macm dulu cantek..

  4. Fidot says:

    Semoga tahun 2020 ni manusia mulut puaka & hati busuk mcm ni cepat pupus dari dunia, amin…. X kisah la mcm mana cara nk dapatkan zuriat, asalkan halal suami isteri. Bukan semua org dimurahkan rezeki utk merasai alam mengandung.

Loading...