Jutaan tahniah diucapkan kepada pelakon popular, Izara Aishah yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Aktres jelita ini mengesahkan yang kandungannya kini telah mencecah usia 6 bulan.
Izara meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana impiannya dan suami, Adib Khalid untuk mendapat zuriat akhirnya dimakbulkan.
Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.
Sebelum ini, Izara pernah menerima pelbagai andaian yang tidak masuk akal. Malah, ada pihak yang menuduh dirinya mandul.
Sebelum ini, apabila ada yang bertanya soal zuriat, masing-masing tidak berani untuk mengatakan kami ada perancangan sendiri. Kami hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Pada masa sama, ada segelintir pihak di luar saya yang menuduh saya mandul.
Seperti yang diketahui ramai, saya bukannya suka berkongsi hal peribadi secara terbuka. Berita kehamilan ini pun saya simpan selama enam bulan sebelum sedia untuk dikongsi.
Pastinya Izara dan suami amat teruja menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka Sama-sama kita doakan agar kesemuanya berjalan lancar dan semoga bayi yang dilahirkan bakal menyerikan lagi kehidupan mereka berdua.