(TAHNIAH) Isteri Shah Jaszle Disahkan Hamil Empat Bulan

Hiburan

(TAHNIAH) Isteri Shah Jaszle Disahkan Hamil Empat Bulan

Meskipun kes khalwat Shah Jaszle masih belum selesai selepas hampir dua tahun dibicarakan di mahkamah, nampaknya Shah boleh melupakan sedikit tekanan beliau dan merasa teruja apabila isterinya Hanis Husna kini sudah hamil empat bulan.

Advertisement

Memang tidak sabar menunggu kelahiran cahaya mata pertama. Saya sudah bersedia menjadi seorang bapa meski ramai yang cakap masa tidur akan kurang apabila ada anak nanti. Sekarang pun saya sudah biasa melayan anak-anak saudara di rumah.

Tambah Shah, beliau tidak akan mempunyai masalah untuk menjaga anak sendiri nanti dan bersyukur kerana rezeki beliau semakin murah selepas berkahwin.

Jadi rasanya tidak ada masalah untuk menjaga anak sendiri nanti. Syukur rezeki semakin bertambah selepas berkahwin. Malah dengan ada isteri di sisi, kehidupan menjadi terurus dan saya rasa lebih tenang.

Tahniah kami ucapkan kepada Shah Jaszle dan isteri, semoga segala persiapan menjelang kelahiran anak sulung mereka akan berjalan dengan lancar. Apa yang penting, Shah juga kena menjaga kesihatan ibu yang sedang mengandung baik dari segi pemakanan sehinggalah pergerakkannya.

Sumber Berita: Mangga Online

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...