(TAHNIAH) Isteri Selamat Bersalin Secara Normal, Fizo Omar Teruja Dah Ada Tiga Anak Perempuan

Hiburan

(TAHNIAH) Isteri Selamat Bersalin Secara Normal, Fizo Omar Teruja Dah Ada Tiga Anak Perempuan

Pelakon, Fizo Omar memaklumkan isterinya, Fazeera Nazri telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar meluahkan rasa syukur urusan isterinya melahirkan berjalan dengan lancar.

Advertisement

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 37 tahun itu berkata isterinya hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk melahirkan secara normal.

Malah, Fizo turut berpeluang untuk menyaksikan proses bersalin dan menyambut sendiri bayi kedua mereka itu keluar dari rahim isterinya.

YA ALLAH..tak terkata.

Dalam pada itu, pelakon berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga hospital diatas layanan yang sangat baik.

Info tambahan, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Khaleeda.

Sebelum ini, Fizo pernah bernikah dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu pada 10 Julai 2019, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Emma Maembong
12 months ago

"Tak Ada Yang Koyak Dan Tak Kena Jahit" - Emma Maembong Tak Faham Peminat Beriya Tegur Pasal Pantang Anak Kedua

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...