(TAHNIAH) Isteri Pereka Fesyen Rizman Nordin Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Hiburan

(TAHNIAH) Isteri Pereka Fesyen Rizman Nordin Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah selamat melahirkan bayi perempuan, Pereka fesyen terkenal dan pemilik jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin tampil berkongsi berita  gembira tersebut diumumkan Rizman menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya kira-kira pukul 11 pagi tadi.

(TAHNIAH) Isteri Pereka Fesyen Rizman Nordin Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Advertisement

Dalam pada itu Rizman turut mendedahkan nama anak sulung mereka iaitu Rizqaa yang membawa maksud rezeki dan kurniaan Allah SWT.

“Bismillahirahmanirahhim…Dengan nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah lahir insan yang di nanti…Princess Rizqaa.”

Ujar Rizman lagi, beliau juga turut menitip pesanan agar anak perempuannya itu menjadi anak yang solehah serta mempunyai akhlak yang baik disamping menurut perintah ibu bapa.

(TAHNIAH) Isteri Pereka Fesyen Rizman Nordin Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama dan InshaAllah yang akan menghuni syurga Allah yang abadi.”

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen posting tersebut, entri terbabit dihujani ucapan tahniah di atas khabar baik tersebut. Selain mendoakan agar segala urusan membesarkan zuriat tersebut dipermudahkan, rata-rata pengikutnya memuji kecomelan bayi berkenaan.

(TAHNIAH) Isteri Pereka Fesyen Rizman Nordin Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Sekadar informasi, Rizman dan ahli perniagaan Nurida Suraya telah sah bergelar suami isteri pada 13 September 2019. Untuk rekod, pasangan ini telah mendedahkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan pada Ramadan lalu. Pengumuman itu juga dibuat menerusi satu posting yang dimuat naik di laman Instagram milik Rizman sambil memaparkan dekorasi bilik tidur puterinya itu yang penuh dengan anak patung.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...