October 31st, 2016

Adi Putra sebelum ini pernah mengejutkan peminat industri hiburan tempatan apabila mengakui beliau sudah berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda beranak satu iaitu Nor Shahida.

Tidak dinafikan kontroversi rumah tangga keduanya itu cukup hangat apabila Adi pernah didakwa sebagai punca Nor Shahida bercerai dengan suami pertamanya.

Kemudian, timbul pula berita dimana Nor Shahida yang bekerja sebagai Pegawai Imigresen dikatakan telah ditahan berhubung sindiket penyeludupan warga asing dalam satu operasi tidak berapa lama dulu. Namun, semua itu adalah dugaan sebagai pasangan yang baru berkahwin.

Selepas melalui pelbagai isu dan kontroversi, Adi kini boleh tersenyum penuh kebahagiaan apabila Nor Shahida khabarnya sedang hamil anak pertama mereka.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Adi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai berita kehamilan tersebut.

Jika benar Nor Shahida sedang hamil, kami ingin mengucapkan tahniah buat beliau dan Adi Putra. Doakan sahaja rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga akhir hayat dan segala proses kehamilan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...