Mendirikan rumah tangga sekitar bulan September tahun lepas, Haziq AF4 bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isterinya Maisarah sah hamil anak mereka yang pertama.
Mengakui mempunyai hasrat untuk menimang cahaya mata dengan cepat, Haziq cukup teruja kerana impiannya itu sudah tercapai.
Alhamdulilah, isteri saya baru sahaja disahkan hamil lebih kurang sebulan lebih oleh doktor. Ketika ini perasaan saya sangat teruja dan dalam masa yang sama agak gementar kerana bakal bergelar bapa. Saya tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan, yang penting asalkan bayi dan ibunya sihat.
Tahniah kami ucapkan kepada Haziq dan isteri, semoga ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat.