(TAHNIAH) Isteri Hamil Anak Pertama, Ikmal Amry Alami Emosi Tidak Stabil

Hiburan

(TAHNIAH) Isteri Hamil Anak Pertama, Ikmal Amry Alami Emosi Tidak Stabil

Pelakon Ikmal Amry baru-baru ini ada berkongsi sebuah khabar gembira apabila isterinya, Najla Shamsul telah disahkan hamil anak pertama.

Ikmal yang menzahirkan perasaan teruja dan gembira di atas perkhabaran tersebut berkata bahawa dia sememangnya sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata dalam hidupnya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Turut teruja dengan berita kehamilan tersebut, Ikmal juga memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa tidak lama lagi.

“Antara sebab saya nak berkahwin pada usia muda pun sebab tak nak melambat-lambatkan peluang mendapat anak. Melihat kenalan lain yang sudah mempunyai cahaya mata, saya dan isteri juga mengimpikannya. Tambahan kami berdua memang sukakan kanak-kanak dan rapat dengan anak saudara. Insya-Allah tahun depan kami akan menyambut hari raya bertiga.”

Ujar pelakon Kebaya Kasut Kanvas ini lagi, isterinya kini berdepan alahan teruk malah dia juga turut mengalami situasi yang sama.

View this post on Instagram

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

“Selain tiada selera makan dan berasa loya, emosi saya juga adakalanya kurang stabil. Tapi saya cuba tidak melayannya. Doakan semoga kehamilan isteri saya berjalan dengan lancar dan selamat.” ujarnya.

Manakala dari soal jantina bayi pula, Ikmal dan isteri tidak kisah asalkan anak yang bakal lahir nanti berada dalam keadaan sihat walafiat.

View this post on Instagram

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Terdahulu, Ikmal dan Najla telah selamat mendirikan rumah tangga pada 19 Disember tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...