Tahniah kami ucapkan kepada pelawak, Fad Bocey yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi selepas isterinya Syaheera kini sedang berbadan dua. Fad mengumumkan berita gembira itu dengan memuat naik foto imbasan kandungan isterinya di Instagram.
Syukur alhamdulillah,rezeki Allah untuk kami lagi. Adakah kembar girl kali ni.
Peminat nyata cukup gembira mendengar berita tersebut dan ruangan komen di Instagram Fad penuh dengan ucapan tahniah dan mereka turut berdoa agar pasangan ini sekali lagi dikurniakan cahaya mata kembar.
Fad dan isteri sebelum ini dikurniakan anak kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan yang dilahirkan pada 11 Disember 2015. Apa-apa pun, kami mendoakan agar ibu dan kandungan berada didalam keadaan sihat. Siapa tahu mungkin hasrat Fad dan isteri untuk sekali lagi menimang cahaya mata kembar akan termakbul?