Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Isteri Chef Riz, Shikin Maembong Kini Hamil 2 Minggu

Alhamdulillah. Murah rezeki sangat-sangat. Baru bergelar suami isteri pada 5 Disember lalu, kini isteri kepada Chef Riz, Shikin Maembong telah pun disahkan hamil 2 minggu. Pastinya Chef Riz dan Shikin Maembong amat teruja mendengar berita gembira ini. Bunting pelamin lah kiranya ini. Tahniah buat anda berdua.

shikin maembong hamil

Advertisement

Kata Chef Riz menerusi Mstar Online:-

Pada minggu lalu, Shikin sering tidak sihat, lemah dan kerap muntah. Hati saya terdetik juga adakah dia mungkin mengandung. Apabila membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan dia mengandung.

Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru lagi. Apa-apapun, ini rezeki yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah, syukur

shikin maembong

Diharap Shikin Maembong banyakkan berehat dan tidak membuat kerja berat. Awal-awal kehamilan ini kena jaga betul-betul. Semoga segalanya selamat sehingga hari kelahiran kelak. Tahniah sekali lagi Chef Riz dan Shikin Maembong.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top