Memaklumkan isterinya, Amira Asyura kini hamil anak kedua, pelawak popular tanah air, Angah Raja Lawak mendedahkan kehamilan Amira kali ini membuatkan dia lebih banyak mengidam berbanding sebelumnya.
Hal ini kerana, isterinya dikhabarkan mengidam untuk makan sambil lihat pemandangan KLCC.
“Mengandung kali ini banyak betul mengidamnya, malam semalam bidadari abang minta nak makan sambil tengok pemandangan KLCC katanya. Sekali sekala apa salahnya kita bawa bidadari kita pergi makan di tempat menarik.”
Angah bagaimanapun dilihat sempat bersoloroh di ruangan kapsyen berkenaan sambil menyatakan andai permintaan isterinya itu harus ditunaikan sentiasa pasti memberi kesan kepada kewangannya.
“Tapi kalau selalu bidadari abang mengidam macam ni koyak abang dik.”
Angah juga turut memaklumkan kandungan isterinya kini telah memasuki usia empat bulan.
“Alhamdulillah kandungan isteri abang dah empat bulan lebih, baby pun sihat. Terima kasih atas doa-doa kalian semua, semoga Allah permudahkan urusan anda semua, Amin.”
Terdahulu, Angah dan Amira telah berkahwin pada 19 Februari 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisyah pada 16 Februari 2019.
Malah, Angah juga pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan seorang anak perempuan.