Tahun 2014 nampaknya ramai selebriti yang akan bergelar ibu bapa. Berkahwin pada Jun 2013, Amar Asyraf dan isterinya, Arna Salleh mendapat gembira mengenai kehadiran anak sulung mereka. Arna Salleh kini telah pun hamil 3 bulan. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Memang murah rezeki anda berdua.
Agak kasihan juga apabila isteri Amar Asyraf mengalami muntah-muntah. Namun itu perkara biasa untuk wanita yang sedang hamil. Kata Amar Asyraf kepada Utusan Malaysia:-
Cuma dia muntah-muntah di awal pagi dan akan baik selepas itu. Jika waktu malam, masa tidur dia tiba-tiba akan terjaga. Bukan untuk apa, hanya untuk muntah. Masa itulah saya akan berjaga-jaga. Isteri saya juga risau dan takut jika saya tidur lebih awal kerana dia sentiasa terbayangkan sesuatu
Insya Allah trimester kedua nanti hilanglah muntah-muntah itu. Diharap Arna Salleh bersabar dengan dugaan kecil ini. Yang penting, kesihatan harus dijaga. Jangan lupa makan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Jangan buat kerja berat-berat sangat. Tahniah sekali lagi buat anda berdua.