Hasrat Datuk Seri Aliff Syukri untuk menambah lagi bilangan cahaya matanya bakal tercapai tidak lama lagi selepas isterinya, Datin Seri Nur Shahida disahkan sedang hamil tiga bulan. Aliff tidak sangka menerima berita gembira itu selepas beliau dan isteri mengambil dua orang anak angkat baru-baru ini.
Alhamdulillah, isteri saya kini sedang mengandung tiga bulan. Saya memang dah lama impikan anak yang ramai. Tak sangka selepas ambil dua orang anak angkat, Ameena dan Qayyum, isteri saya disahkan hamil.
Difahamkan, Aliff merahsiakan hal ini sudah lama iaitu sebelum isterinya menunaikan ibadah umrah awal November lepas.
Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5. Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena yang kini berusia 3 bulan pada Oktober dan Qayyum pada awal Disember yang usianya hampir sebulan.