(TAHNIAH) Issey Fazlisham Dan Isteri Timang Anak Merdeka

Hiburan

(TAHNIAH) Issey Fazlisham Dan Isteri Timang Anak Merdeka

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-64 semalam, pelakon dan penyampai radio Gegar FM, Issey Fazlisham dikurniakan anak lelaki selepas isterinya, Noor Aimi Jamel berada dalam bilik bersalin hampir tujuh jam.

3 years ago

Bakal Timang Anak Pertama, Issey Pasang Impian Nak Anak Perempuan

Advertisement

Menurut Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, dia berasa bersyukur kerana dapat diberikan peluang untuk menemani isterinya menyambut kelahiran cahaya mata pertama di sebuah pusat perubatan terletak di Shah Alam.

Sekarang SOP agak ketat, saya tak boleh masuk awal, masa baby nak keluar baru dapat masuk. Syukur saya dapat menyambut kelahiran anak saya.

Katanya pada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

Dalam pada masa yang sama, penyampai radio Gegar FM itu turut memberitahu bahawa dia sudah pun memilih nama anak lelakinya itu dan akan mengumumkan pada masa yang sesuai.

Issey dan isteri

Tambahnya lagi, dia berharap agar dapat menjaga dan memastikan kesihatan anak serta isteri sentiasa dalam keadaan yang baik terutamanya ketika musim pandemik ini.

Sekadar info, Issey dan Aimi berkahwin pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...