Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Irma Hasmie Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Reza Dengan Sekali Lafaz

Jutaan tahniah diucapkan kepada Irma Hasmie yang telah pun sah bergelar isteri kepada Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan dengan sekali lafaz kira-kira jam 3.50 petang tadi. Majlis pernikahan telah berlangsung dengan meriah di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Kedua-dua mempelai nampak sama cantik dan sama padan dengan persalinan baju berwarna putih.

gambar nikah irma hasmie

Advertisement

Wang hantaran telah pun dirahsiakan namun Irma Hasmie menerima tiga dinar emas (RM2,220) sebagai mas kahwin. Pengantin perempuan menghantar 13 dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak pengantin lelaki. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Irma dan Reza atas pernikahan ini. Nantikan gambar sekitar majlis pernikahan mereka sebentar lagi. Kredit info dan gambar kepada  Mstar Online.

P.S: Demam EURO 2012 sudah semakin tamat. Siapakah yang anda mahukan dinobat sebagai juara? Itali atau Spain? Abang Nara tak kisah sebab pasukan feveret Abang Nara sudah terkeluar. Tapi Abang Nara kisah dengan promosi Whatchuwant daripada Xpax ini.

whatuwant

Abang Nara kisah sebab hadiah-hadiah yang ditawarkan memang superb. Ada Samsung Galaxy S II, ada Playstation, ada Macbook Pro dan ada macam-macam lagilah hadiah yang best. Abang Nara cuma perlu dial *128# dan pilih salah satu pack di bawah untuk berpeluang memenangi hadiah super awesome ini.

Advertisement

whatuwant

Dan sehingga 1 Julai ini, ada 2 pakej promosi Whatchuwant Xpax ini iaitu Football SMS Alert Pack dan Talk n Text Pack. Kalau selama ini Abang Nara sekadar habiskan masa dan duit di kedai mamat, kini Abang Nara boleh menang hadiah-hadiah yang best. Terima kasih kepada promosi Whatchuwant ini. More info di www.xpax.com.my/whatchuwant.php.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

79 Comments

  1. Hawa

    July 6, 2012 at 5:23 pm

    Love both

  2. bakal pengantin

    July 5, 2012 at 8:45 am

    suka tengok pengantin baru, wajah n prasaan pnuh dgn kegembiraan.. nak2 dgn restu drpd famly kedua2 blah pihak, indahnya la saat tu.. smoga kalian sntiase berada dlm redha Allah..amin

  3. bakal pengantin

    July 5, 2012 at 8:42 am

    suka tgok pengantin baru..penuh dgn kegembiraan, nak2 bila dpt restu dr kedua2 blah famly, indah nya saat tu.. smoga kamu berdua sntiasa berada dlm redha Allah..

  4. happy ;0

    July 2, 2012 at 2:48 am

    Alhamdulillah semoga dirahmati tiap perjalanan…amin :)

  5. HambaAllahSwt

    July 1, 2012 at 3:13 pm

    Tak baik ckp suami tu mcm tu, kita x tau dia dh berubah ke apa kn? Nway irma is my cousin, n we know the guy, alhamdulillah family suami dia baik 2, so kita doakn baik 2..

Loading...
To Top