Nampaknya bulan Ramadhan ini membawa berita bahagia kepada Irma Hasmie dan suami. Menerusi portal Murai, Irma Hasmie telah mengesahkan yang dirinya kini sudah mengandung 5 minggu. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan atas kehamilan ini.
Irma Hasmie kini sedang mengalami fasa muntah-muntah dan pening-pening. Kata Irma:-
Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu. Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya. Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengidam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan
Semoga segalanya berjalan lancar buat Irma Hasmie. Jangan buat kerja berat sangat. Rilek-rileks terutamanya di trimester pertama ini. Tahniah sekali lagi. Tak sabar rasanya nak tengok kecomelan anak Irma dan Redza.
Pingback: (7 GAMBAR)Irma Hasmie & Redza Syah, Semakin Sweet ~~~ | Kaki Bising Dot Com
zan
September 4, 2012 at 4:42 pm
sangat suka dengan pasangan nie…Moga berkekalan bahagia hingga ke syurga..aminn
zan
September 4, 2012 at 4:41 pm
saya sangat suka dengan pasangan nie…moga berkekalan bahagia hingga ke syurga..aminnn
iphoneuser
August 24, 2012 at 9:32 am
dah kawin, dah pregnant, comment pun less than 10..kikiki..
gegirlz
August 16, 2012 at 5:04 pm
alhamdulillah..tumpang gembira utk mereka berdua..mesti comel anak.
.Love both of u..