(TAHNIAH) Intan Liana Saleh Kini Bergelar Isteri Kali Kedua, Mohon Doa Daripada Peminat

Hiburan

(TAHNIAH) Intan Liana Saleh Kini Bergelar Isteri Kali Kedua, Mohon Doa Daripada Peminat

Bekas isteri kepada pemuzik bebas Ude Wahid yang juga suami kepada pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh dilaporkan telah selamat bergelar isteri buat kali kedua selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal.

Intan Liana Saleh
1 year lalu

"Kau Cantik? Rampas Hak Orang Tak? Lemah!" - Intan Liana Perli Siapa Tu?

Advertisement

Intan juga turut berkongsi mengenai berita gembira itu menerusi beberapa hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Difahamkan, Intan telah menjadi isteri kepada seorang jejaka yang dikenali sebagai Aizam Yahya, semalam.

Pasangan itu kelihatan sama cantik sama padan dengan busana berwarna pic dan bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis sederhana yang hanya dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mengucapkan tahniah kepada Intan dan suami serta mendoakan agar mahligai perkahwinan yang dibina kali ini berkekalan sehingga ke syurga.

Terdahulu, Intan pernah berkahwin dengan Ude pada 1 Mac 2013 namun bercerai pada 22 Mac 2018.

Mereka berdua bercerai selepas Ude mengahwini Izreen secara senyap pada 8 Ogos 2017.

Hasil perkongsian hidup, Intan dan Ude dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Arish Muqri,7, dan Ariq Muqri yang kini berusia empat tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    December 23, 2021 at 8:35 am

    Umaing aii mcm esthana kayangan. Dia kwin org kaya kahh

Loading...