Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Iesya Toh Selamat Bergelar Isteri Kepada Huzairee Mohamad

Setelah melalui pelbagai ranjau dan dugaan, akhirnya Iesya Toh, pengacara Selamat Pagi Malaysia telah pun selamat bergelar isteri kepada Huzairee Mohamad dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di Wisma Berita, Angkasapuri, pada jam 9.36 pagi hari ini.

gambar kahwin iesya toh

Advertisement

Sebelum ini Iesya Toh memaklumkan yang perkahwinannya telah mendapat tajaan bernilai RM1 juta. Namun begitu pada beberapa minggu lalu, Iesya memaklumkan yang dirinya telah menjadi mangsa penipuan dan juga ilmu hitam. Alhamdulillah walaupun pelbagai dugaan melanda, majlis pernikahan pasangan ini telah berjalan lancar.gambar kahwin iesya toh

Tahniah diucapkan kepada Iesya Toh dan suami. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga akhir hayat. Semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai. Sebentar lagi Abang Nara kongsikan gambar sekitar majlis pernikahan dan malam berinai Iesya Toh. Kredit gambar Instagram IesyaToh.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top