Program nyanyi All Together Now Malaysia (ATNMY) telah melabuhkan tirainya semalam di mana ia telah menyaksikan Idris Brown diangkat sebagai juara dan telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000!
Idris dilaporkan telah berjaya menumpaskan semua finalis dari sembilan minggu terdahulu dengan menyanyikan lagu klasik dari Itali, Bella Ciao dan juga lagu Isabella nyanyian asal kumpulan Search ketika pusingan kedua.
Dia yang ditemui setelah tamat acara memaklumkan bahawa dirinya sama sekali tidak menjangkakan sebarang kemenangan dan berniat hanya untuk memuaskan hati para penonton dengan persembahannya.
Sejujurnya saya tak jangka apa-apa, tapi setiap kali saya buat persembahan saya niat untuk puaskan hati semua yang menonton. Saya seorang busker sebelum ini, jadi bila saya menyanyi, saya tak harapkan apa-apa, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya, saya tak pernah alami detik sebegini, apa lagi bergelar juara.
Sekadar info, Idris telah mengalahkan Dem Lepak Boyz yang memperoleh 90 markah dan Pancit Sitaya yang hanya mendapat 52 markah dalam pusingan kedua (Sing Off).
Dalam pusingan tersebut, Idris telah menewaskan kedua-dua peserta tersebut dengan menggondol markah penuh iaitu 100 markah daripada kesemua 50 juri yang terlibat.
Tahniah diucapkan buat Idris Brown!