October 23rd, 2017

Merupakan antara peserta yang paling konsisten dan sering memberikan persembahan yang agak baik, Idayu AF 3 telah menepati ramalan ramai dan muncul sebagai juara AF Megastar 2017 yang melabuhkan tirainya semalam. Idayu telah berjaya membawa pulang wang tunai RM 100,000 berserta trofi AF Megastar dan juga pakej percutian ke Turki. Menurut Idayu, ia adalah satu penantian yang cukup berbaloi sepanjang 12 tahun bergelar penyanyi.

Sementara itu, trofi Ultimate Performer pula menjadi milik Syamel  dan beliau mendapat hadiah baucar membeli-belah bernilai RM3,000 berserta trofi.

Marsha pula memenangi Anugerah Terlajak Megastar anjuran D’ Herbs yang menawarkan hadiah wang tunai RM 10,000 dan trofi.

Tahniah kami ucapkan kepada Idayu, harapnya dengan kemenangan ini bakat anda akan lebih dihargai. Semoga terus berjaya dalam bidang nyanyian.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Instagram AF Megastar


Comments are closed.

Loading...