Selepas 3 tahun mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar, Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani Farhana telah disahkan hamil baru-baru ini. Pastinya Hunny Madu dan suami sedang super excited sekarang ini. Menariknya, Hunny Madu bermimpi yang dia sedang memegang seorang bayi dan apabila terjaga daripada mimpi tersebut, Hunny Madu terus membuat pemeriksaan dan disahkan hamil. Cute kan?
Jutaan tahniah diucapkan kepada Hunny Madu dan suami atas berita gembira ini. Di dalam temuramah bersama MSN Malaysia, Hunny Madu bercita-cita menjadi seorang ibu seperti penyanyi Hollywood, Gwen Stefani. Menurut Hunny Madu, Gwen Stefani ialah seorang “effortless mom”. Apa pun, semoga kandungan Hunny Madu akan sihat sentiasa sehingga hari kelahiran nanti. Tahniah sekali lagi.
P.S: Rak buku gergasi di Kansas City.