December 7th, 2016

Jutaan tahniah diucapkan kepada Harith Iskander yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan lawak dunia (The Funniest Person in the World). Berita gembira ini telah dikongsikan menerusi Facebook Harith Iskander. Harith berjaya mengalahkan 15 pelawak lain pada peringkat separuh akhir yang diadakan di Helsinki, Finland pada malam Selasa.

harith iskander

Untuk pertandingan akhir, Harith akan berhadapan dengan cabaran bersaing dengan empat peserta lain iaitu Alex Calleja (Filipina), Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece) pada Khamis di Levi, Finland. Juara The Funniest Person in the World, akan menerima hadiah utama sebanyak AS$100,000 (RM444,845), manakala mereka yang berada di tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima AS$10,000 (RM44,484) dan AS$ 5,000 (RM22, 242).

harith iskander

Semoga Harith Iskander akan berjaya merangkul gelaran juara, sekaligus mengharumkan nama Malaysia. Good luck and all the best. Abang Nara yakin satu Malaysia mendoakan kejayaan Harith. Teruskan usaha mu dan teruskan berlawak. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...