Tahniah Harimau Malaya, Berjaya “Baham” Pasukan Thailand!

Trending

Tahniah Harimau Malaya, Berjaya “Baham” Pasukan Thailand!

Akhirnya Harimau Malaya bangkit dan menunjukkan taringnya apabila berjaya “membaham” Gajah Perang dengan semangat membara.

Pasukan Malaysia berjaya menumpaskan Thailand 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi dan sekaligus terus membuka peluang dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Advertisement

malaysia menang thailand

Kita harus memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain pada perlawanan ini, memang sangat menakjubkan. Stamina yang kuat disuntik dengan semangat untuk menang.

Thailand seakan hilang arah dan tidak tahu bagaimana untuk menyerang apabila corak permainan Malaysia yang begitu berbeza sekali malam ini. Antara persembahan terbaik Harimau Malaya.

malaysia thailand piala dunia 2022

Brendan Gan sememangnya layak untuk digelar ‘Man Of The Match’ pada malam ini. Bukan sahaja menjaringkan gol, tekniknya cukup bijak sekali dan banyak membantu ahli pasukannya yang lain pula menjaringkan gol kemenangan.

malaysia thailand piala dunia 2022malaysia thailand piala dunia 2022gol sumareh

Untuk makluman semua, Harimau Malaya dapat merobohkan kubu Thailand hampir lima tahun selepas kali terakhir menang 3-2 pada final kedua Piala AFF 2014.

Gol padu Sumareh

 

 

Harimau Malaya akan berdepan Indonesia di gelangggang sama pada 19 November ini dan ia satu lagi perlawanan yang wajib dimenangi jika mereka ingin melepasi kelayakan pusingan kedua.

malaysia thailand piala dunia 2022

Harapnya dengan kemenangan ini, semangat pasukan Malaysia kita akan terus hangat membara untuk memberikan yang lebih baik pada perlawanan akan datang. Tahniah sekali lagi Malaysia!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...