Akhirnya Harimau Malaya bangkit dan menunjukkan taringnya apabila berjaya “membaham” Gajah Perang dengan semangat membara.
Pasukan Malaysia berjaya menumpaskan Thailand 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi dan sekaligus terus membuka peluang dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Kita harus memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain pada perlawanan ini, memang sangat menakjubkan. Stamina yang kuat disuntik dengan semangat untuk menang.
Thailand seakan hilang arah dan tidak tahu bagaimana untuk menyerang apabila corak permainan Malaysia yang begitu berbeza sekali malam ini. Antara persembahan terbaik Harimau Malaya.
Brendan Gan sememangnya layak untuk digelar ‘Man Of The Match’ pada malam ini. Bukan sahaja menjaringkan gol, tekniknya cukup bijak sekali dan banyak membantu ahli pasukannya yang lain pula menjaringkan gol kemenangan.
Untuk makluman semua, Harimau Malaya dapat merobohkan kubu Thailand hampir lima tahun selepas kali terakhir menang 3-2 pada final kedua Piala AFF 2014.
Gol padu Sumareh
Harimau Malaya akan berdepan Indonesia di gelangggang sama pada 19 November ini dan ia satu lagi perlawanan yang wajib dimenangi jika mereka ingin melepasi kelayakan pusingan kedua.
Harapnya dengan kemenangan ini, semangat pasukan Malaysia kita akan terus hangat membara untuk memberikan yang lebih baik pada perlawanan akan datang. Tahniah sekali lagi Malaysia!