(TAHNIAH) Haqiem Rusli, Siti Nordiana & Khai Bahar Menang Anugerah Top Top MeleTOP AME2020

Hiburan

(TAHNIAH) Haqiem Rusli, Siti Nordiana & Khai Bahar Menang Anugerah Top Top MeleTOP AME2020

Anugerah Meletop ERA (AME 2020) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) tanpa kehadiran penonton tahun ini mengangkat  tema ‘Yang Epik, Yang Legend’ sambil menyaksikan Nabil Ahmad, Zizan Razak dan Jihan Muse diberikan kepercayaan sebagai pengacara anugerah berpeestij tersebut.

Advertisement

Mempertandingkan sebanyak 15 buah kategori utama, pemenang dalam setiap kategori yang dipertandingkan akan dipilih berdasarkan undian tertinggi oleh peminat dan penonton.

Lantas, penyanyi Haqiem Rusli dan Siti Nordiana kini telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang kategori utama Top Top MeleTOP Era 2020.

Bagaimanapun, AME kali ini turut menyaksikan tiga kategori baharu diperkenalkan iaitu Artis Versatil Meletop, Influencer Meletop dan Top Top Meletop untuk Grup / Duo yang mana penyanyi Khai Bahar dan Siti Nordiana berjaya membawa pulang trofi berkenaan.

Untuk rekod, Anugerah Khas MeleTOP 2020 diberikan kepada Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama wang tunai RM10,000. Manakala, penceramah bebas, Ebit Lew pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Wira MeleTOP berserta wang tunai RM10,000.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang-pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan di anugerah berkenaan:

Top Top MeleTOP Grup/Duo : Khai Bahar & Siti Nordiana

Top Top MeleTOP Lelaki: Haqiem Rusli

Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana

Fesyen MeleTOP: Syafiq Kyle

Artis Baharu MeleTOP: Han Byul Big Stage S2

Couple MeleTOP: Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Si Cilik MeleTOP: Alisa Aisyah

Grup/Duo MeleTOP: Khai Bahar & Siti Nordiana (Satukan Rasa)

Penyanyi MeleTOP: Haqiem Rusli

Lagu MeleTOP: Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2019

Drama MeleTOP: Sweet Dreams

Hos MeleTOP: Alif Satar (Big Stage S2)

Influencer MeleTOP: Syahmi Sazli Production

Artis Versatil MeleTOP: Siti Nordiana

Pelakon MeleTOP: Ben Amir (Sweet Dreams)

Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle

Filem MeleTOP: Ejen Ali The Movie

Anugerah Khas MeleTOP: Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah

Anugerah Wira MeleTOP: Ebit Lew

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...