Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi lagenda Zamani Slam sah bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani, malam semalam. Mereka sebenarnya sudah saling mengenali dan berkawan selama 14 tahun.
Majlis pernikahan itu diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan terdekat sahaja. Juliana menerima sebentuk cincin dan mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.
Difahamkan, pasangan ini mengambil keputusan untuk mempercepatkan akad nikah kerana bakal menunaikan ibadah umrah bersama tidak lama lagi.
Tahniah kami ucapkan kepada Zamani dan isteri, semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan berkekalan sehingga ke jannah.

siapa
September 24, 2019 at 11:33 am
ye btl la tu isteri dia bks pa/gf yg kena tangkap sekali psl kes dadah dulu
http://estheme.blogspot.com/2015/05/siapa-kah-nur-juliana-di-sebalik-kes.html
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/01/29/zamani-mahkamah
Anonymous
September 24, 2019 at 11:31 am
ye btl la tu isteri dia dulu bekas pa dia yg kena tangkap sebab dadah
http://estheme.blogspot.com/2015/05/siapa-kah-nur-juliana-di-sebalik-kes.html
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/01/29/zamani-mahkamah
Anonymous
September 23, 2019 at 6:04 pm
kalau tak silap isteri zamani ni dulu kena tangkap sama2 dgn zamani pasal dadah kan? mcm pernah baca. kalau silap sorry lah. semoga bahagia sampai akhirat…
V
September 22, 2019 at 12:37 pm
Kenapa nikah pakai spek mata hitam tu