(TAHNIAH) Hanis Zalikha Sah Bergelar Isteri Kepada Hairul Azreen Dengan Sekali Lafaz

Hiburan

(TAHNIAH) Hanis Zalikha Sah Bergelar Isteri Kepada Hairul Azreen Dengan Sekali Lafaz

Hanis Zalikha telah sah bergelar isteri kepada Hairul Azreen hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Bukit Jelutong pada jam 3.50 petang tadi.

Hanis telah menerima mas kahwin bernilai RM 300 serta wang hantaran berjumlah RM91,019.90, yang memberikan simbolik tarikh lahirnya sendiri iaitu 9 Oktober 1990. Pihak pengantin wanita menyerahkan 11 dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin lelaki.

Advertisement

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan ini fasa baharu yang akan ditempuhi saya bersama suami. Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma semestinya memberi sisi tersendiri buat kami berdua. Terima kasih kepada yang sudi hadir.

Sanak saudara dan juga rakan selebriti seperti Diana Danielle, Yasmin Hani dan Datin Nina Juren turut hadir dalam majlis yang cukup meriah dan menjadi saksi ikatan cinta dua hati yang telah menjadi satu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh  bapa Hanis sendiri iaitu Zainal Rashid Mohd Zain sambil disaksikan Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali selepas solat Jumaat pada jam 3.50 petang. Majlis resepsi mereka akan dilangsungkan tanggal 14 Jun ini di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, semoga kekal sehingga akhir hayat. InshaAllah.

Berikut kami sertakan beberapa foto sekitar majlis akad nikah Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Lihat dengan membaca entri ini sepenuhnya.







Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...