March 1st, 2015

Alhamdulillah. Seorang lagi selebriti wanita muda telah pun mengambil keputusan untuk menutup aurat dan kini bertudung sepenuhnya. Jutaan tahniah diucapkan kepada Hanis Zalikha yang bakal menjadi isteri kepada Hairul Azreen tidak lama lagi. Sesungguhnya ini satu keputusan yang harus dipuji. Bolehlah ia dianggap sebagai persediaan untuk melangkah ke alam rumah tangga.
hanis zalikha bertudungBerita gembira ini telah diumumkan oleh Hairul Azreen sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tulis Hairul Azreen:-

Wanita Hiasan dunia, Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah, #Alhamdulillah bakal tunang saya sudah berhijab #1March2015

hanis zalikha bertudung

Semoga penghijrahan Hanis Zalikha ini akan menjadi contoh kepada para peminatnya di luar sana. Tahniah Hanis. Selamat maju jaya diucapkan.


Comments are closed.

Loading...