Tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang bakal menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka tidak lama lagi. Hairul menerusi akaun Instagramnya mengumumkan berita gembira isterinya sedang hamil anak kedua.
Rata-rata netizen begitu teruja dengan berita kehamilan tersebut dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Hairul dan Hanis, selepas kejayaan filem Paskal tentunya ia adalah rezeki berganda buat mereka. Tidak lama lagi Yusuf bakal jadi abang.