(TAHNIAH) Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri Kepada Romie

Hiburan

(TAHNIAH) Hanez Suraya Sah Bergelar Isteri Kepada Romie

Hanez Suraya yang sebelum ini pernah menghadapi gosip serta cacian orang ramai kerana hubungan cinta bersama kekasihnya Romie Razin Adilha, akhirnya telah sah menjadi pasangan suami isteri pada jam 11.25 pagi tadi di Masjid Putra, Putrajaya hanya dengan sekali lafaz. Hanez telah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala wang hantaran pula telah dirahsiakan jumlahnya.

Pihak perempuan menerima  tujuh dulang hantaran merupakan Al-Quran, rantai, set wangian dan alat solek, beg tangan, kasut, tepak sirih, mas kahwin dan wang hantaran.

Advertisement

Pihak lelaki pula telah dibalas dengan sembilan dulang hantaran antaranya Al-Quran, sejadah, buah-buahan, set wangian,tali pinggang,kek, baju dan seluar, beg , sepasang kasut dan sirih junjung.

Majlis pernikahan tersebut telah dihadiri oleh 200 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga pasangan pengantin dan juga beberapa wakil media. Hanez dan Romie telah dinikahkan oleh bapa aktres itu sendiri  Encik Abdul Aziz Mohd Said di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Abd Manaf Mat.

Majlis resepsi  pasangan pengantin baru ini bakal diadakan di kediaman pihak perempuan yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

Hanez Suraya dan Romie pernah mencetuskan kontroversi apabila Hanez didakwa sebagai punca rumah tangga kekasihnya bersama bekas isteri Liyana Manan roboh di tengah jalan.

Mungkin mereka pernah menjadi bualan hangat ramai dan penuh dengan gosip panas, tetapi sudah tertulis jodoh mereka berdua untuk bersama. Doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka dan usah lagi mengungkit perkara yang lalu. Tahniah diucapkan kepada Hanez Suraya dan Romie  semoga berbahagia sehingga hujung nyawa.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...