Hanez Suraya yang baru sahaja kembali dari menunaikan ibadah Umrah baru-baru ini, telah memuat naik foto di laman Instagram dengan kapsyen bahawa beliau kini sudah berhijab dan berdoa agar niatnya itu berkekalan.
Sebenarnya Hanez sudah lama terbuka hatinya untuk bertudung ketika menjejakkan kaki di kota suci Mekah. Melihat semua wanita yang berhijab disana, perasaan beliau untuk berhijrah semakin membuak-buak.
Memang sejak ke sana, hati saya kuat untuk bertudung. Apatah lagi di sana, semua wanita Islam bertudung. Lalu semangat nak bertudung itu jadi semakin membuak-buak. Malah saya sudah mula terfikirkan gaya bertudung macam mana yang sesuai dengan raut wajah ini.
Saya juga sudah belajar nak lilit tudung dengan baik termasuk melihatnya berpandukan carian Google di laman internet. Cuaca di sana kalau musim panas sama macam Malaysia, jadi bukan alasan untuk saya tidak melakukan yang sama jika sudah berada di Malaysia. Semuanya berbalik kepada soal hati.
Ditanya jika beliau akan kekal bertudung ataupun tidak, beliau berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buatnya dan semoga segalanya dipermudahkan.
Sama ada saya terus bertudung atau tidak, doakan yang baik sahaja. Saya harap ia dipermudahkan. Saya bimbang timbul rasa riak. Biar saya perlahan-perlahan mengikut ‘rentak’ baharu ini. Malahan kalau keluar rumah sekarang pun saya sudah bertudung.
Syukur, Alhamdullillah. Tahniah di atas keputusan Hanez Suraya yang ingin berhijab dan berhijrah ke arah yang lebih baik. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita tidak lagi mengkritik beliau atas kontroversi yang lalu. Doakan agar niat Hanez dipermudahkan.