(TAHNIAH) Hamil 4 Bulan, Nad Zainal Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Hiburan

(TAHNIAH) Hamil 4 Bulan, Nad Zainal Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Selepas 4 tahun menimang cahaya mata pertama, Nad Zainal dikhabarkan sedang hamil anak kedua kini.

Berita itu dikongsikan sendiri di laman Instagramnya di mana pelakon itu mendedahkan bahawa kandungannya sudah mencecah usia 4 bulan.

Advertisement

nad zainal hamil anak kedua

Menurut Nad Zainal lagi, walaupun sedang menjalani penggambaran drama namun dia tidak mengalami sebarang alahan dan kehidupannya diteruskan seperti normal.

“Saya masih menjalani penggambaran drama bersiri dan selepas habis drama ini saya hanya ambil kerja yang mudah-mudah sahaja.”

Meluahkan hasrat hati, Nad Zainal menyebut bahawa dia mahukan anak perempuan namun reda sekiranya dikurniakan anak lelaki sekali lagi. Yang paling penting, anak tersebut lahir dengan sihat.

“Jauh di sudut hari saya mahukan anak perempuan tapi saya berdoa janji anak ini sihat sahaja. Kalau lelaki pun tidak apa.”

nad zainal hamil anak kedua nad zainal hamil anak kedua

Pelakon wanita itu juga menjelaskan bahawa dia belum membuat sebarang persiapan lagi untuk kehamilan kali ini dan berharap agar dapat menjalaninya dengan tenang,

Nad Zainal turut tidak lupa untuk meminta orang ramai supaya mendoakan kehamilan keduanya ini berjalan lancar.

“Doakan perjalanan kali kedua ini semudah yang pertama. Yem nak jadi abang.”

Tahniah sekali lagi buat Nad Zainal dan keluarga!

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...