(TAHNIAH) Hairul Azreen Umum Hanis Zalikha Sudah Hamil Empat Bulan

Hiburan

(TAHNIAH) Hairul Azreen Umum Hanis Zalikha Sudah Hamil Empat Bulan

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama sahaja lagi.

Berita yang cukup menggembirakan itu telah dikongsikan oleh Hairul Azreen sendiri melalui akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Lebih bermakna lagi, pengumuman itu dibuat melalui satu foto ketika mereka berdua di Jabal Rahmah, Mekah.

2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha. Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama isteri saya :) dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini, saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan. #HanisHairulToTheMoon#HoneymoonKe2Kami

Untuk pengetahuan anda, Hairul dan Hanis kini sedang mengerjakan ibadah umrah.  Semoga segala perancangan ibadah mereka diberkati Allah SWT.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...