(TAHNIAH) Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Timang Cahaya Mata Pertama

Hiburan

(TAHNIAH) Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Timang Cahaya Mata Pertama

Tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka.

Advertisement

Menurut perkongsian Hairul menerusi akaun Instagramnya, Hanis selamat bersalin seorang bayi lelaki yang diberi nama Yusuf Iskandar,  dengan berat 3.85 kilogram pada jam 8.15 malam hari Jumaat lepas.

Alhamdulillah Jumaat, tepat jam 8.17malam isteri saya selamat melahirkan zuriat kami yang pertama syukur ke hadrat Ilahi.  Yusuf Iskandar , 3.85 kg,  sihat walafiat.  Minta iringan doa yang baik buatnya amin.

Berkahwin pada tanggal 5 Jun 2015, Hairul akui kehadiran anaknya adalah hadiah ulangtahun perkahwinan yang cukup bermakna buat beliau dan Hanis.

Pada masa yang sama Hairul mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakan kesihatan anaknya dan isteri serta ucapan tahniah atas kelahiran orang baharu didalam keluarga beliau.

Sumber Berita : Instagram Hairul Azreen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...