March 24th, 2014

Juara program Anak Wayang musim pertama, Mohd Hairi Safwan Aznan kini sah bergelar suami kepada Fara Afiza Azman dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung Sabtu lalu kira-kira jam 10.30 pagi di  Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas. Untuk makluman, isteri Hairi merupakan seorang bakal guru.

hairi anak wayang kahwin

Pada majlis tersebut Hairi menghantar mas kahwin berupa seutas gelang tangan bernilai RM3,000 dan juga wang hantaran sebanyak RM15,000. Pengantin lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya kasut, minyak wangi, beg tangan, kamera, sirih junjung, kek dan coklat. Pengantin perempuan membalas dengan sebelas dulang yang berisi kasut, jam tangan, sejadah, buah-buahan, jaket, beg, sirih junjung, minyak wangi dan coklat.

hairi anak wayang kahwin

Tahniah diucapkan kepada Hairi dan Fara atas perkahwinan ini. Semoga berkekalan ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Anda berdua memang sama cantik dan sama padan. Sumber asal Mstar Online.

P.S: Juruterbang kacak dari Australia curi perhatian dalam misi pencarian MH370


Comments are closed.

Loading...