Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya yang telah pun selamat bertunang semalam dalam sebuah majlis tertutup di Sungai Buloh, Selangor.
Hafreez bekata mereka tidak berniat untuk menyembunyikan majlis tersebut tetapi diadakan secara tertutup atas permintaan keluarga.
Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berlangsung jam 3 petang dan selesai sekitar jam 6 petang. Mengikut perbincangan keluarga, kami bakal disatukan sebagai suami isteri pada Oktober, tahun depan. Oktober dipilih sempena bulan kelahiran Zara, tetapi ia mungkin dipercepatkan jika semua urusan berjalan lancar. Kalau boleh, kami tidak mahu melengahkan perkara baik.
Jika diikutkan, kami sebenarnya tidak mahu bertunang, namun ia dibuat bagi menghormati permintaan keluarga, terutama saudara jauh yang mahu mengenali saya dan bakal isteri dengan lebih dekat.
Terdahulu, keluarga Hafreez datang merisik Zara pada 8 September lalu. Pasangan ini mula menjadi rapat dan bercinta pada 2017 ketika melakonkan drama bersiri Mona Lisa.
Semoga dengan pertunangan ini hubungan mereka berdua akan dipermudahkan sehingga ke jenjang pelamin. Sama-sama kita doakan yang baik-baik buat mereka. Tahniah sekali lagi buat Hafreez dan Zara.
tryingtobeagooddaughter
October 14, 2019 at 11:27 am
Entahnya. Korang ni baca tajuk je ke, article nya tak baca? Kan dia mention sebab permintaan family. Hal kahwin2 ni bukan exclusively hal korang dua je. It’s a family affairs, penyatuan 2 family kan. I dulu pun nak kawin simple2, tapi sebab mak nak macam ni, abah nak camni, bakal mertua pulak nak macam ni macam tu. Sudahnya kena juga ikut permintaan2 tu. Diorang yang penat2 besarkan kita kan, depa have a say la.
Joyah Pok Pek
October 13, 2019 at 4:27 pm
Dalam artikel ni dah mention napa
Cenene
October 13, 2019 at 3:25 pm
Popcorn ready..kamon makcik pakcik bawang..lets battle!
Anonymous
October 13, 2019 at 2:30 pm
Macam over sikit tunang je pun siap ada buka veil bagai.
Akak KanTin
October 13, 2019 at 12:58 pm
Majlis tunang grand nye..Barangkali duit mereka ni banyak..Agaknye stakat labur bertunang macam ni masih xluak saving nye..Semoga kekal bawa ke nikah sampai ke anak cucu hingga ke jannah…