Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Hafiz Hamidun Bakal Berkahwin Dengan Ibu Tunggal Mei Depan

Tahniah kami ucapkan kepada selebriti Hafiz Hamidun yang bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita berstatus ibu tunggal pada bulan Mei depan. Hafiz merencana untuk mengadakan majlis pernikahan sebelum tibanya bulan Ramadhan.

Advertisement

Bagi pihak saya, memang dirancang untuk menikah sebelum Ramadan dan majlis resepsi akan diadakan selepas raya tahun ini. Saya tak rancang untuk bertunang, sebaliknya mahu terus bernikah. Saya berdoa semoga perancangan saya untuk berkahwin kali ini berjaya… insyaAllah.

Hafiz dan bakal isterinya itu mula berkenalan sekitar dua bulan lalu sebelum merancang untuk berkahwin. Keluarga Hafiz juga tidak mempunyai sebarang bantahan dan merestui hubungan mereka. Walaubagaimanapun, Hafiz masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti wanita berkenaan serta bilangan anak beliau.

Apa-apa pun, kami mendoakan agar segala perancangan dan persiapan Hafiz untuk mendirkan rumah tangga berjalan dengan lancar.  Semoga perkahwinan yang bakal dibina kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama