Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Hael Husaini Juara AJL 32 Menerusi Lagu Jampi

Sebentar tadi telah pun berlangsung Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL 32)  dengan tema fesyen dan muzik di Axiata Arena, Bukit Jalil. Tahun ini sejujurnya AJL 32 ada nampak meriahnya dengan gandingan hos Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad yang tidak membosankan dan bertenaga.

Advertisement

Malah, para finalis AJL 32 juga berusaha memberikan persembahan yang terbaik sehingga ada yang mendapat “standing ovation”.  Malah, rata-rata netizen berpuas hati kerana anugerah tersebut  tahun ini tidak dipenuhi dengan iklan produk kosmetik “terlampau” daripada penaja. Heh..

Tahun ini Hael Husaini sudah berjaya “menjampi” seluruh Malaysia dan muncul sebagai juara AJL 32. Lagu Jampi nyanyian beliau sememangnya popular dan menjadi siualan ramai kini.

Berikut adalah keputusan penuh AJL 32 :-

Advertisement

JUARA: Hael Husaini (Jampi)
NAIB JUARA: Faizal Tahir  (Sejati)
TEMPAT KETIGA: Haqiem Rusli ( Tergantung Sepi)
VOKAL TERBAIK: Syamel & Ernie Zakri ( Aku Cinta)
PERSEMBAHAN TERBAIK: Altimet (Amboi)

Walaupun tahun ini majoriti finalis merupakan bakat baru dalam industri, tetapi mereka sudah membuktikan bahawa mereka juga boleh tampil dengan persembahan yang agak berkualiti. Semoga selepas ini makin ramai penyanyi yang bersemangat untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan terus memantapkan lagi industri muzik tempatan. Adakah anda berpuas hati dengan keputusan AJL 32? Kongsikan pendapat anda dibawah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

68 Comments

  1. Anonymous

    February 12, 2018 at 12:26 pm

    Knp fizal tahir x nyanyu lagu dia sendiri? Ada siapa tau..?

    • mimi

      February 12, 2018 at 12:47 pm

      dia bz dgn misi kemanusiaan skrg ne

  2. Sam

    February 12, 2018 at 11:00 am

    Hmmm? Ada Faizal Tahir ke??

  3. anonymous

    February 12, 2018 at 10:02 am

    pasal azmi oku dan tak nampak sebab tu dia tak tak ambil kesah,cilake betul tak menghargai azmi

    • Anonymous

      February 12, 2018 at 11:09 am

      pehal kau ni… azmi menang tmpt ke2 lah ngok…. hael paling best tuh yg tmpt 1st… ingat juri tido ke kau tu yg tido.. tak tgk ajl gebang lebih

  4. hanz

    February 12, 2018 at 9:51 am

    kenapa kat pemenang no 2 tu x tulis nama azmi ya… tau faizal tahir pencipta lagu tu… tapi yang lain2 tu letak nama penyanyi… azmi patut diberi credit kerana telah berjaya membawa lagu tersebut dengan baik sekali….

    • anon

      February 12, 2018 at 11:27 am

      mana ada tulis nama
      dia tulis pemenang pertama dan kedua dan ketiga je
      celah bedah mana ada type nama pemenang ???

  5. Anonymous

    February 12, 2018 at 9:47 am

    kenapa kat senarai pemenang nombor dua tu x mention nama azmi ya… kenapa nak mention nama faizal tahir… ya tau faizal tahir pencipta lagu tu tapi yang lain2 tulis nama penyanyi…. ke sipenulis x tengok ajl semalam?

    • Anonymous

      February 12, 2018 at 11:21 am

      nara ni copypaste jer… mane nk check ape dia tulis…

Loading...
To Top